Thinking Tanker

Idea That Found Worth To Be Share | English | Malay

8 Perkara Yang Boleh Dibuat Untuk Menaikkan Motivasi

Kadang-kadang kerja yang selalu dibuat boleh jadi sangat memenatkan, stress. Ibarat nak hadap pun rasa jemu.

Bangun pagi nak pergi kerja, sudah rasa tak bersemangat. Malas nak melangkah kaki keluar rumah.

Ini bukan pekerja saja rasa, malah bos pun rasa perkara yang sama.

Jadi bagaimana nak buat, untuk sentiasa rasa bermotivasi untuk bekerja, buat bisnes atau belajar sekalipun.

 

Kami kongsikan 8 perkara yang boleh dibuat untuk menaikkan motivasi.

1. Dengar musik Instrumental

Musik adalah penghibur ketika membuat kerja. Yang membuat kita enjoy semasa buat kerja.
Dengar alunan Intrumental alat muzik. Ubah mood seketika. Elakkan dengar lagu yang membingitkan telinga.

2. Lepak

Lepak adalah kaedah yang terbukti berkesan alih perhatian kita. Lepak dengan rakan-rakan seketika. Elakkan untuk bercakap hal kerja.
Cakap tentang isu semasa, lifestyle dan perkara yang baik-baik.

3. Berehat sebentar

Bisnes tidak akan bankrap jika tidak bekerja sehari. Ambil rehat untuk refresh otak, badan.
Untuk satu hari, berhenti fikir dan buat perkara yang kita jemu itu.

4. Buat perkara yang lain sebentar

Itu untuk di dalam office.
Otak dan badan sudah fokus daripada pagi membuat kerja.
Berehat sebentar, cuba buat perkara yang lari daripada flow bekerja seperti mengemas office atau aktiviti regangan.
Tidur dan baring untuk beberapa minit pun membantu untuk refresh.

5. Tulis 5 minit jurnal

Jadikan ini sebagai rutin. Ini adalah tempat kita luahkan segalanya tanpa yang ada akan judge.

6. Mindfulness / Kesedaran

Kenal pasti, apakah perkara yang membuat kita demotivated ?
Selepas itu cari solusinya dan jika tak jumpa, buang sahaja jauh-jauh.

7. Ingat balik Goal

Apa goal yang nak dicapai apabila kita buat kerja tu ? Ingat balik.
Bak kata GaryVee, kamu tak perlukan motivasi jika kamu suka kerja yang dibuat.

8. Berdoa kepada Allah Yang Maha Esa

Allah yang control segalanya. Daripada bangun pagi sehingga lah tidur kita.
Dia yang menganugerahkan setiap perasaan yang ada.
Doa kepada Allah.

Digital Marketer | Entrepreneur Writer, trained by Puan Ainon Mohd, Chairman of PTS and Adviser of Ainon Business School. Enthusiastic about writing. Write using Kawakita Jiro method and Persuasive Language. Digital Marketer forte in Content Marketing. Marketing activity that actively do are Facebook Ads, Google Ads, Email Marketing and Content Marketing. Entrepreneur. Started selling variety product and services on Facebook until develop own E-commerce website.