Thinking Tanker

Idea That Found Worth To Be Share | English | Malay

8 Perkara Yang Perlu Dibuat Untuk Memastikan Content Marketing Kita Itu Berjaya

We create a content since the day we are born
~ Laura Busche

Ini adalah zaman konten. Semua guru-guru yang mengajar bisnes semuanya
akan mengatakan bahawa ini adalah zaman konten.

Marketing tidak akan berlaku tanpa konten.

Orang pada zaman dahulu menggunakan konten, orang zaman sekarang
menggunakan konten dan orang pada masa hadapan pun akan menggunakan konten.

Yang berbeza mungkin dari segi strategi, bentuk kontennya dan channel
pemasaran yang digunakan.

Zaman sekarang konten boleh didapati di mana-mana “ceruk Internet”.
Di mana ada Internet, konten boleh didapati dengan mudah.

Namun bagaimana kita nak memastikan
bahawa kita standout daripada
crowd konten yang sangat banyak ?

1. Kita perlu jelas tentang goal apa yang kita nak capai
dengan konten yang dikongsikan.

Ada beberapa goal yang biasa – trafik , SEO, engagement, signup dan jualan.
Konten marketing adalah kerja yang lama dan memerlukan kesabaran untuk menuai hasilnya.

Jika kita tidak jelas dengan apa yang kita nak capai, kita akan cepat penat.
Last sekali masa, tenaga, kos terbuang macam tu je,

2. Kenal untuk siapa konten itu

Siapa yang akan baca konten itu ? Apa behaviour dia ? Dia suka baca konten pendek ke panjang ?
Atau dia suka tengok video ?

Kenal dan barulah buat konten yang sesuai dengan sasaran.

3. Konten nak letak di mana ?

Cut short. Tempat audience anda lepak.

4. Tema konten

Perasan tak, setiap guru-guru bisnes ada tema yang tersendiri.
Lihat GaryVee, tanpa letak nama, gambar – kita boleh tahu
ayat tu Gary Vee yang cakap.

5. Format dan struktur ayat

Konten marketing ini adalah tentang buat dan baiki.
Buat sahaja konten tapi pada masa yang sama belajar untuk
hasilkan konten yang lebih baik.

6. Content Hub Utama

Kita ni ada banyak platform. Pergi socmed mana-mana, pasti akan ada
konten kita. Best kan ?
Tapi amat penting untuk kita ada satu platform yang utama.

Apabila orang sudah mula kenal dan suka kepada konten kita, mereka yang akan cari.
Platform itu mestilah mesra pengguna. Dengan beberapa klik, dah jumpa konten
yang mereka nak tahu.

Blog adalah jawapannya.

7. Scale up content production process

Dah ada success pattern, duplicate.
Scale up semua part yang terlibat.

8. Secure distribution place

Good content doesn’t mean anything if people don’t read it. Macam mana
orang nak baca kalau kita tak distribute ?

Distribution channel yang diwujudkan harus sentiasa hidup. 2 ke 3 hari sekali,
share satu post.

Bayangkan anda gunakan platform channel telegram untuk deliver konten.
Lepas itu anda stop hantar konten dalam tempoh masa yang membolehkan
orang fikir “anda dah mati”.

Tiba-tiba aktif, orang dah tak akan layan, sebab mereka dah lupakan anda.
Mereka dah move on.

Digital Marketer | Entrepreneur Writer, trained by Puan Ainon Mohd, Chairman of PTS and Adviser of Ainon Business School. Enthusiastic about writing. Write using Kawakita Jiro method and Persuasive Language. Digital Marketer forte in Content Marketing. Marketing activity that actively do are Facebook Ads, Google Ads, Email Marketing and Content Marketing. Entrepreneur. Started selling variety product and services on Facebook until develop own E-commerce website.