Thinking Tanker

Idea That Found Worth To Be Share | English | Malay

Bagaimana Dengan Mengamalkan “Mindfulness” Membuatkan Kita Menjadi “Better Entrepreneur”

Sebagai seorang Entrepreneur, kita tidak boleh lari daripada stress. Ada sahaja perkara yang membuatkan kita stress.


Kejar deadline, deal dengan pekerja yang bermasalah, pening nak bayar gaji staf apabila sale tak cukup.
Bermacam-macamĀ 
jenis perkara berlaku serentak menambahkan lagi stress.

Entrepreneur juga manusia biasa. Ada kehidupan peribadi, keluarga dan rakan-rakan.

Tidak cukup stress dengan bisnes, balik ke rumah stress dengan kehidupan peribadi.

Kadang-kadang, kesesakan jalan raya sudah cukup menambah stress yang tak habis ni.

Stress akan menyebabkan “Burnout”. Bila sudah rasa begini. kita akan mudah rasa letih, rasa ingin putus asa.

Perasaan begini tidak elok untuk bisnes. Apabila pendiri bisnes sudah burnout, apa yang akan terjadi dengan bisnes yang dibangunkan ?

Bisnes tiada progress, kerana pendirinya sudah penat.

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah di atas ?

“Mindfulness” – Kesedaran.

Salah satu cara untuk jadi mindfulness adalah dengan bermeditasi.

Meditasi adalah aktiviti yang memerlukan kita duduk diam dan berfikir.

Namun ramai Entrepreneur mempersoalkan, bagaimana dengan bermeditasi dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Entreprenuer ialah mereka yang sudah biasa menyiapkan kerja. Mereka tidak tahan duduk diam selama satu jam atau dua jam tanpa membuat apa-apa kerja.

Terdapat banyak faeadah yang boleh diperolehi apabila bermeditasi.

Dalam Islam, penganutnya wajib menunaikan solat lima kali sehari.

Inilah waktu untuk mengabdikan diri kepada Pencipta, Allah yang satu.

Solat adalah salah satu bentuk meditasi.

Ia membuatkan kita sedar, bahawa dunia ini bersifat sementara dan perjuangan sebenar di dunia adalah mempersiapkan diri untuk kehidupan abadi di akhirat kelak.

Apa kelebihan mengamalkan Mindfulness kepada Entrepreneur ?

#1 Latih diri untuk jadi lebih fokus

Dunia sekarang dipenuhi dengan kecanggihan teknologi dan media sosial.

Media sosial adalah faktor terbesar membuatkan manusia hilang fokus.

Sepatutnya perhatian diberikan kepada perkara yang prioriti bukannya media sosial.

Meditasi. Clearkan minda daripada perkara yang tidak penting.

Meditasi juga terbukti membina ketahanan minda.

Dengan selalu bermeditasi, kita akan sedar apa perkara yang penting dan apa yang tidak penting.

Ini lah mindfulness. Kesedaran terhadap perkara yang berlaku.

#2 Idea baru akan lahir dengan meditasi

Sedar atau pun tidak banyak perkara yang kita terlepas pandang.

Kerana terlalu asyik dengan perkara yang sama, minda kita tidak terbuka dengan idea baru.

Entreprenuer terkenal dengan ciri inovatif.

Jika Entrepreneur tidak terbuka dengan idea yang baru, bagaimana ingin jadi inovatif.

Meditasi membantu untuk clearkan minda.

Dengan itu idea-idea baru dapat “dilahirkan”.

#3 Percaya dengan diri dan perkara yang ingin dicapai

Entrpreneur terkenal dengan membuat perkara yang luar biasa. Mereka sanggup keluar daripada comfort zone dan pushing limit.

Namun, satu sifat ini tidak akan lari daripada diri. Self doubt – rasa tidak percaya.

Rasa ragu terhadap kebolehan diri dan perkara yang ingin dicapai.

Persoalan, “bolehkah aku capai perkara ini ?” sentiasa bermain dalam minda.

Bila di dalam keadaan stress, kata-kata dalam diri boleh jadi sangat membunuh.

Tambahan lagi, kalau ada kritikan dari luar.

Jika mental tidak kuat dan bersedia, kita boleh jatuh terduduk.

Kita akan mula percaya kritikan-kritikan ini walaupun ia tidak betul.

Jadi mindfulness, percaya diri semula !

#4 Jaga tindakan walaupun dalam keadaan stress

Stress menyebabkan kita bertindak di luar kebiasaan.

Marah, ambil keputusan terburu-buru adalah satu contohnya.

Lari sebentar daripada rutin seharian. Ambil “me time”.

Duduk dan berfikir apa yang membuat kita stress. Fikir macam mana nak selesaikannya.

Sudah tenang, baru buat keputusan.

#5 Akan lebih hargai kasih sayang

Peluang untuk Entrepreneur untuk burnout adalah tinggi. Kita sebagai Entrepreneur sedar tentang perkara ini.

Komitmen yang tinggi diperlukan untuk capai target yang sudah diletakkan pada bisnes.

Perkara seperti kurang tidur, makan makanan segera, berada di pejabat sampai lewat malam. Ini sudah biasa kepada Entreprenuer.

Perkara yang biasa dibuat ini lah penyebab stress.

Badan dan minda terlampau penat.

Meditasi. Hargai diri, hargai kasih sayang yang diberikan keluarga, rakan, dan orang sekeliling membantu untuk kita keluar dari stress.

Kesimpulannya, mindfulness membantu dalam kehidupan seharian tidak limit kepada bisnes semata-mata.

Entrepreneur perlu mengamalkan mindfulness sepanjang masa kerana mereka adalah insan yang sering membuat keputusan untuk bisnes.

Dengan mengamalkan mindfulness, Entrepreneur boleh lihat perkara yang sedang berlaku, akan berlaku ataupun sudah berlaku, baik untuk bisnes atau sebaliknya.

Digital Marketer | Entrepreneur Writer, trained by Puan Ainon Mohd, Chairman of PTS and Adviser of Ainon Business School. Enthusiastic about writing. Write using Kawakita Jiro method and Persuasive Language. Digital Marketer forte in Content Marketing. Marketing activity that actively do are Facebook Ads, Google Ads, Email Marketing and Content Marketing. Entrepreneur. Started selling variety product and services on Facebook until develop own E-commerce website.