Thinking Tanker

Idea That Found Worth To Be Share | English | Malay

Design Thinking

Design Thinking Is A Step, Not A Toolkit Or A Series Of Steps

Hidup di dunia ini memang tak lekang daripada masalah. Manusia memang akan sentiasa diuji mungkin dalam kerjaya, perhubungan, keluarga dan masyarakat.

Ini adalah Artikel tentang bagaimana Design Thinking boleh membantu dalam menyelesaikan masalah.

Design Thinking adalah salah satu kaedah thinking yang diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Antara karya beliau yang terkenal adalah Lateral Thinking dan Six Thinking Hats.

Sebenarnya design thinking adalah salah satu pecahan modul dalam Lateral Thinking.

 

Apa itu Design Thinking ?

Design thinking ini adalah mindset. Ia adalah satu “approach” yang diambil untuk selesaikan masalah.

Design thinking mengajar untuk fokus pada solusi, jangan fokus kepada punca masalah itu berlaku.

Kita sebagai manusia terlampau fokus kepada kenapa masalah itu berlaku sehinnga lupa untuk menyelesaikannya.

Akhirnya masalah itu tetap berlaku, dan kita membuang masa memikirkan apa yang tidak perlu.

 

Design thinking adalah tentang “designing the outcome”.

Apa outcome yang dimahukan ? Itu yang sepatutnya menjadi fokus.

Bagaimana ingin design outcome ?

 

Banyakkan membuat andaian.

Kita sebagai manusia terlampau limit dengan option yang ada.

Cipta outcome yang baru.

Jadi kreatif dalam mencipta outcome.

Sebagai contoh Pembaris. Semua orang tahu kegunaan pembaris adalah untuk mengukur.

Tapi dengan andaian, pembaris boleh digunakan untuk membuat jambatan. Hebat bukan ?

Banyakkan membuat andaian. Kita tidak perlu bayar apa-apa pun untuk membuat andaian,

 

Jadi, bagaimana nak guna design thinking ini ?

Penulis berikan situasi ini untuk membuatkan anda lebih faham tentang design thinking.

Katakan anda ada sebuah kilang yang menghasilkan makanan dalam tin.

Tin ini perlu melalui proses di conveyer belt.

Daripada tin kosong sehinggalah tin masuk ke dalam kotak.

Masalahnya tin itu jatuh ke lantai apabila melalui simpang.

Itu menyebabkan tin menjadi kemik.

Bagaimana ingin selesaikan masalah tin kemik ?

 

Kajian dijalankan ke sekumpulan pemilik bisnes.

Antara cadangan yang diberikan

1. Jangan letak simpang. Buat conveyer belt secara lurus tanpa ada simpang.
2. Letak dinding di simpang,.
3. Upah pekerja untuk halang tin jatuh ke lantai.

Bagaimana pula dengan anda ?

Apa yang anda akan lakukan untuk selesaikan masalah tin kemik ?

 

Jika anda analyze kaeadah di atas, semua ini akan melibatkan kos yang besar.

Dan kaeadah yang diberikan, hanya memfokuskan kenapa tin itu jatuh.

Ingat balik fokus kita. Kita tidak mahu tin itu menjadi kemik.

 

Design thinking mengajar untuk fokus kepada designing the outcome.

Design thinking juga mengajar untuk gunakan option yang tak perlukan kos yang mahal.

Ingin tahu penyelesaian kepada masalah di atas ?

Guna tilam secondhand.

Tin akan jatuh atas tilam. Jadi tin akan kemik.

Option ini murah dan selesaikan masalah.

 

Jadi bagaimana nak gunakan design thinking ini secara maksima dalam bisnes ?

Pertama sekali perlu buat kajian.

Kajian daripada pesaing, kempen yang pernah dijalankan dan research tentang bisnes kita.

Kenali apa sistem kerja yang tak cekap, yang membazir, yang tak jalan. Buang !

Buang produk yang tak laku !

Buang alat kerja yang tak produktif !

Fokus kepada prioriti.

 

Daripada data di atas, buat andaian.

Daripada andaian, baru buat strategi yang bagus.

Sudah ada strategi yang bagus, baru kerja keras.

 

Penulis bagi lagi satu contoh.

KIta nampak pemain bermain bola sepak. Apa yang kita tak nampak adalah apa strategi yang digunakan.

 

Sebagai seorang yang menggunakan design thinking, ini antara data yang perlu dilihat.

Formula, algoritma, resepi, muslihat, trik, strategi, teknik, taktik, prosedur dan SOP.

Analisis data, buang yang tak produktif, buang yang akan menggunakan kos yang tinggi, buat andaian, rancang strategi dan baru kerja keras.

 

Kesimpulannya Design Thinking mengajar untuk berhenti lihat salah siapa, apa punca masalah.

Tetapi fokus kepada solusi, fokus kepada outcome yang dinginkan dan design strategi kerja yang bagus.
Ingin hasilkan strategi yang bagus, banyakkan buat andaian.

Digital Marketer | Entrepreneur Writer, trained by Puan Ainon Mohd, Chairman of PTS and Adviser of Ainon Business School. Enthusiastic about writing. Write using Kawakita Jiro method and Persuasive Language. Digital Marketer forte in Content Marketing. Marketing activity that actively do are Facebook Ads, Google Ads, Email Marketing and Content Marketing. Entrepreneur. Started selling variety product and services on Facebook until develop own E-commerce website.